Hidup Matiku hanya untuk ISLAM

Hidup Matiku hanya untuk ISLAM
Kau tahu ku merinduimu Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih Bersabarlah sayang Saat indah kan menjelma jua Kita akan disatukan Dengan ikatan pernikahan... oh kasih Di sana kita bina Tugu cinta mahligai bahgia

Wednesday, August 17, 2011

Harapanku...

Ya Allah.. sebelum kau ambil nyawaku.. izinkan aku menunaikan hasratku yang masih belum tercapai...


1-Meningkatkan amal ibadah kepadamu..
2-Membalas jasa ibu bapa ku..
3-Sedekah jariah
4-Membina rumah tangga yang bahagia bersama si dia yang tersayang agar dapat aku buktikan sayang & cinta ku pd si dia..


Setelah tercapai semua ini, aku rela pergi bertemu dgn kau jika itu takdirnya...





Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Solat Terawih



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi tentang fadilat (kelebihan) solat terawih pada bulan Ramadhan :

Solat terawih malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Solat terawih malam 5 – Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim

Malam 9 – Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Solat terawih malam 10 – Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Solat terawih malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Malam 16 – Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Solat terawih malam 20 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Solat terawih malam 25 – Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Solat terawih malam 30 – Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita ikhlas untuk mendapat keberkatan dari-Nya. Amin.