Hidup Matiku hanya untuk ISLAM

Hidup Matiku hanya untuk ISLAM
Kau tahu ku merinduimu Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih Bersabarlah sayang Saat indah kan menjelma jua Kita akan disatukan Dengan ikatan pernikahan... oh kasih Di sana kita bina Tugu cinta mahligai bahgia

Monday, May 2, 2011

Doa pilihan :)

Doa ini boleh diamalkan bagi seluruh umat islam terutama pada pasangan yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat..

"Ya Allah Ya Rahman...Kekalkanlah cinta kami di dunia dan akhirat..Ya Allah Ya Rahim..Masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus Mu..agar kami dapat bercinta buat selama-lamanya..."






Ya Allah sempurnakanlah kebahagian kami
dengan menjadikan perubahan ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti ketaatan serta cinta kami kepada Sunnah Rasul-Mu

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah-Mu,
telah berpadu dalam membela syari’at-Mu,
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cinta kami, tunjukanlah jalan-jalannya
Penuhilah hati-hati ini
dengan Nur Cahaya-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan pada-Mu,
dan keindahan bertawakal pada-Mu

Amin Ya Rabbal Alamin..........

1 comment:

komen elok2..