Hidup Matiku hanya untuk ISLAM

Hidup Matiku hanya untuk ISLAM
Kau tahu ku merinduimu Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih Bersabarlah sayang Saat indah kan menjelma jua Kita akan disatukan Dengan ikatan pernikahan... oh kasih Di sana kita bina Tugu cinta mahligai bahgia

Saturday, May 21, 2011

Syarat Memilih Jodoh : 4 syarat utk Perempuan lwn 1 syarat untuk Lelaki :)




Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad Ibn Hanbal, dan Al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W menjelaskan 4 kriteria untuk memilih isteri.

1- HARTANYA
2- KETURUNANNYA
3- KECANTIKANNYA
4- AGAMANYA.

Lepas tu pulak, ada pihak yang sering menyarankan kepada wanita-wanita supaya sebagai isteri, KENA MAHIRKAN 4 KRITERIA ASAS ini kalau nak jaga suami:

1- JAGA PERUTNYA – kena jadi macam chef – kena pandai masak supaya suami senang dan kenyang. Air tangan isteri itu berkat. Pandai layan suami makan dan sebagainya

JAGA PAKAIANNYA – kena jadi macam kedai dobi – pakaiannya kena bersih, kena sentiasa harum, kena dilipat kemas, kena gosok berkilat, segaris kedut pun jangan ada.


JAGA TEMPAT TIDUR – tempat tidur kena jaga biar bersih, bilik kemas, tukar cadar, sarung bantal, conforter.





HORMAT IBU AYAH DAN KELUARGANYA – jadi menantu yang sama taraf dengan jadi anak – maksudnya, mak ayah dia adalah mak ayak kita jugak.. adik-beradik dia adalah adik-beradik kita jugak. Jangan membelakangkan mereka. Bertimbangrasa dan penuh kasih sayang untuk kedua ibubapa suami


1 SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI SUAMI.

1- MESTI BOLEH MENJADI IMAM
Maksudnya:-
- Lelaki itu mesti mampu mengimami solat fardhu keluarganya dengan isteri serta anak2 sebagai makmum serta mampu juga mengimami jemaah keluarga atau masyarakat di dalam satu himpunan / perjumpaan keluarga / jemaah.

- Betul bacaan sebutan, tajwid serta tertibnya ayat Al-Quran yang dibaca.

- Faham jelas makna bacaan surah yang disebutkan.

- Mampu memberi tazkirah berpandukan AL-Quran beserta terjemahan, maksud, petikan hadis sahih, hadis periwayat, serta contoh kisah zaman Nabi dan para sahabat.

- Boleh tampil menjadi ketua yang mengimamkan bacaan Yaassin atau untuk kenduri tahlil atau untuk kenduri doa selamat.

- Mampu mengejutkan ahli keluargannya dan mengajak bangun melakukan Qiyamullail dengan mengerjakan solat tasbih, solat tahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir serta mengajar mengaji Al-Quran dengan tajwidnya sekali.

- Boleh mengimami solat tarawikh serta solat sunat hari raya.

- Mampu membimbing dirinya menjadi Ketua Keluarga, menjadi Khalifah Allah, menjadi pengemudi, penasihat dan pengawal kepada bahtera rumahtanggnya serta menjaga ahli keluarganya agar kekal dengan keimanan yang jitu kepada Allah.

- Disayangi, dihormati, dirai, dikasihi oleh isteri dan anak-anak, ibu bapa, mertua, keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga serta ahli masyarakat.

- Mampu mempertahankan keimanan diri serta ahli keluarga dan masyarakat untuk bersama AMAL MAARUF dan NAHI MUNGKAR!.



WAHAI LELAKI, CARILAH ISTERI DI KALANGAN PEREMPUAN YANG MENJAGA AGAMANYA, AURATNYA, MARUAH DIRINYA DAN BATAS PERGAULANNYA..

WAHAI PEREMPUAN, CARILAH SUAMI DI KALANGAN LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM ...

note: Sesudah berumahtangga, bersama-samalah berganding bahu untuk mempertahankannya dan mencari keredhaan dan rahmat Allah di dalamnya.. SEMOGA PERKAHWINAN ITU MENDAPAT BARAKAH!. "Barakallahu Lakuma Wabarakah"..



No comments:

Post a Comment

komen elok2..